Monday, October 20, 2008

Sakit hatiku. Sakit yang tidak terperi.


"Hidup ini penuh dengan kesalahan dan kekeliruan,hanya perasaan Cinta sesama kita sahaja merupakan ubat kepada semua perkara di dunia ini"

"Love makes life worthwhile."


I read it somewhere. Tetapi sayang sekali, susah babymu nak percayakan kekuatan Cinta dalam hidup kita ini lagi. Cinta yang dulu mengubati segala-galanya, kini hanya membawa kesakitan yang tidak pernah aku mengalami. Kesakitan yang tidak pernah aku gambarkan sayangku yang menjadi sebabnya. Kesakitan yang tidak terperi.

Kini aku hanya bertanya kepada sayangku yang pada suatu masa dahulu katakan saya adalah segalanya dalam hidupnya, adakah masih percaya dalam kekuatan Cinta, dan masih berasa Cinta yang sama?

Ajarlah aku. Apa ertinya Cinta itu. Telahpun lama aku lupa ertinya, perasaannya, kesucianya. Telah aku lama berusaha untuk menjadi teman hati idamannya, untuk memastikan Cinta kami tidak hilang musnah akibat ego dan perasaan kedendaman di dalam hati kami ini. Aku tidak diberi peluang, untuk meluahkan isi hati aku, perasaan marah aku yang radang dalam hati ini. Aku pun menepikan semuanya. Aku terpaksa berdiam, dan pada masa yang aku tidak tahan lagi, itulah masa yang kamu maki aku, membelakangkan aku, aku yang dikatakan segalanya kepada kamu.

Itu bukan Cinta. Itu adalah hubungan antara dua orang yang telah lupa ertinya Cinta, dan telah lupakan kekuatan Cinta yang sewaktu dahulu seperti cahaya dalam hidupnya.

Aku bertanya. Masihkah kamu ingat lagi, masa kami bertemu untuk kali pertama?
Ingatkah kamu, kisah cinta kami yang hanya berlaku dalam 9 hari sejak kami bertemu?
Ingatkah kamu, masa yang kami habiskan bersama, perasaan kami gembira alangkah tidak terkata?
Ingatkah kandungan surat-surat yang kamu memberi kepada aku, walaupun telah lama tidak menulis surat meluahkan perasaan kepada aku?
Ingatkah kamu, kisah-kisah yang berlaku pada setiap hari, perlu kamu berkisah kepada aku masa kami bergayut?
Ingatkah kamu, pada masa yang kami tidak dapat bertemu untuk masa yang lama, kamu sering ingin berbual dengan aku dan juga menggunakan webcam supaya dapat menenung senyuman babymu?
Ingatkah kamu, pada suatu masa itu apabila kami tengah berbual, kamu berkata bahawa kamu tidak boleh menggambarkan kami bergaduh, ataupun berasa sedih akibat satu sama lain?
Ingatkah kamu, sewaktu masa dahulu, bila Cinta kami seandainya cahaya yang paling cerah dalam hidup kami itu?
Ingatkah kamu, sewaktu masa dahulu, dimana-mana kamu pergi, kamu akan memberitahu aku bahawa kamu sentiasa merindui aku, sentiasa mengidamkan kehadiran aku di sisi kamu?
Ingatkah kamu, sewaktu masa dahulu, kamu yang kata, kamu akan menunggu sehingga masa aku bebas, bebas untuk mengambil langkah hidupku sendiri, bebas untuk bersamamu?

Kini itu semua tidak lagi. Kini kau bertanya aku, mengapakah kamu perlu menunggu aku, dan kamu ingin menjelajahi dunia yang dianggap "cool" itu dengan sendiri. Dunia yang tidak pernah kau pedulikan secara serius.
Kini kamu tidak lagi memerlukan kehadiran aku, tidak lagi merindui aku seperti kamu pernah pada suatu masa dulu.
Kini kamu tidak lagi perlu mengisahkan apa-apa kepada aku, tidak lagi kamu ingin bergayut dengan aku, walaupun pada suatu masa dulu kamu berasa tertarik dengan perbualan kami?
Kini kamu tidak lagi menulis surat-surat kepadaku, tidak lagi melukis gambar-gambar yang penuh erti dan perasaan cinta untukku.
Kini, cinta kami yang semakin pupus adalah sebab kesakitan yang kami alami.
Kini, kamu yang menyimpan perasaan dendam terhadap aku dan mencari alasan-alasan untuk menyalahkan aku.
Sebaliknya, kamu yang berasa aku tidak menghargai Cinta kamu itu, tidak lagi menghargai usaha kamu itu. Kamu telah lama lupakan perasaan sebenar Cinta yang sepatutnya wujud di antara kami berdua.

Adakah kamu telah jemu dengan cintamu? ataupun adakah kamu akan mencari kembali?

Ajarkan aku sekali lagi. Apa ertinya Cinta itu. Ajarkan aku apa ertinya bahagia itu. Walaupun memori-memori segalanya masih segar dalam otakku, ia tidak lagi memberikan Cinta kepada hatiku. Hanya kamu sayangku, mampu. Kamu adalah duniaku, hidupku. Walaupun aku akan bangkit semula, kamu masih cintakku, sayangku, fizzyku.

Ingatkah kamu pada suatu masa dahulu, senyumanku, usupanku pada pipimu, yang mampu mengubati apa sahaja kesakitanmu?
Kini senyumanku tidak bererti kepada kamu lagi.

19/10 - Kali pertama kami bertemu.
27/10 - Ulangtahun first date kami.


Ingatkah kamu?


No comments: